Minggu, 08 April 2012

25 Tips Untuk Kekal Bercinta

1. Jaga Penampilan Diri,
Kerana semua Orang Suka Dengan
Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama
Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan
keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan,
jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri,
Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti
Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri
Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan
lupa menggunakan bahasa tubuh seperti
gerakan tangan, renungan mata dan
tunjukkan minat ketika si dia sedang
bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk
Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang
Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran
Positif Anda Lebih Mudah Menerima
Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia,
Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh
Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata
Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang
Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur
Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik
Bercerita Tentang Kesukaan Masing -
Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya
Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan
Fokuskan Perbualan Tentang Masalah,
Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak
Datang untuk Berasa Sedih, Maka
GembirakanLah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian,
Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi
Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh
Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan
Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat
Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam
Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat
Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang
Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya
Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi
Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan
Bersikap Terbuka Untuk Menerima
Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan,
Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan.
Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas
Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang
Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan,
Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan
Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf.
Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-
Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk
Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau
Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat
Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah
Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah,
Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik
Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda
Faham Akan Perkara Yang Hendak
DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda
Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar
Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun
Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap
Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah,
Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan
Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan
Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada
Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan
Kekasih Anda Dengan Orang lain,
Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun
kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda
Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati
ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan
Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai.
Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam
Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi
Semasa Menangani kekasih Yang Sedang
Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji
Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan,
Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan
(Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu
Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah
Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu
berlalu kerana di sebalik itu pasti
tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas
ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam
kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda &
diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang
lain daripada yang orang gunakan. ini
memberi keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-
rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai
dalam hubungan adalah penting dan jangan
terlalu mengongkong dalam kehidupan
sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti
rekreasi bersama-sama, seperti berkelah,
bermain boling, jogging dan sebagainya.
Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan
hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba
melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini
akan mengeratkan hubungan anda kerana
anda mempunyai aktiviti yang dapat
dilakukan bersama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar